PENINGKATAN KEMAHIRAN KOMUNITI JAHITAN BERASASKAN SISTEM DIGITAL DAN PENGURUSAN PROFESIONAL - TAJAAN
PENINGKATAN KEMAHIRAN KOMUNITI JAHITAN BERASASKAN SISTEM DIGITAL DAN PENGURUSAN PROFESIONAL - TAJAAN
TUJUAN PROGRAM
Meningkatkan kemahiran pengurusan perniagaan jahitan secara digital.
Membantu usahawan jahitan merekod kewangan, stok dan tempahan dengan sistematik.
Mendedahkan teknik pemasaran media sosial untuk mendapatkan pelanggan.
Menyeragamkan sistem kerja, penyimpanan dan pengurusan pola.
Meningkatkan kemahiran pengendalian mesin jahit dan peralatan secara selamat & cekap.
JEJAHIT APP
RUANG KERJA JAHITAN
PENGURUSAN POLA
MENYERAGAMKAN SISTEM KERJA
PROGRAM TAJAAN
Program Community Upskill: Program Peningkatan Kemahiran Komuniti Jahitan Berasaskan Sistem Digital & Pengurusan Profesional ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Axiata melalui inisiatif SOSEA, bagi menyokong pembangunan kemahiran komuniti dan peningkatan peluang pendapatan melalui jahitan pakaian tradisional.
SASARAN PESERTA
10 orang usahawan jahitan komuniti
TEMPOH PROGRAM
3 Hari (Latihan bersemuka & praktikal)
TENTATIF PROGRAM
9.00 - 9.30 pagi Pendaftaran Peserta & Taklimat Program
10.00 – 10.30 pagi Pengenalan Jejahit Apps ( Zoom - Pengurus Jejahit App)
10.30 – 12.00 pagi Invois, resit, untung rugi, belanja & stok
12.00 – 1.00 Ptg Rehat & Makan Tengah Hari
1.00 – 2.00 petang Latihan Praktikal Jejahit Apps (Hands-on)
2.00 – 4.00 petang Pengenalan AI untuk Usahawan Jahitan (Tungkus Sewing Training Center)
Kiraan harga & kos
Ayat invois & promosi
4.00 – 4.30 petang Rumusan & Soal Jawab
9.00 – 10.30 pagi Pemasaran Media Sosial untuk Servis Jahitan (Facebook & Tiktok) (Alpha Graphic Digital)
10.30 – 12.00 tenghari Latihan Praktikal Kandungan & Visual
12.00 – 1.00 petang Rehat & Makan Tengah Hari
1.00 – 3.30 petang Sistem Pengurusan Ruang Kerja & Aliran Kerja (Tungkus Sewing Training Center)
3.30 – 4.30 petang Pengurusan Tempahan & Masa Jahitan
9.00 - 10.30 Pagi Sesi Pembukaan Akaun Bank (Hong Leong Bank)
10.30 – 12.00 tenghari Sesi Rumusan & Perkongsian Peserta (Semua Peserta)
12.00 – 1.00 petang Majlis Makan Tengah Hari
1.00 – 2.00 petang Penyampaian Sijil & Sesi Bergambar
2.00 petang Program Tamat
OUTCOME / HASIL PROGRAM
Selepas pelaksanaan program ini, seramai 10 orang usahawan jahitan akan:
Mengaplikasikan sistem digital (aplikasi dan teknologi AI) dalam pengurusan operasi perniagaan.
Mempunyai rekod kewangan dan pengurusan stok yang sistematik dan teratur.
Menunjukkan peningkatan keyakinan dan kecekapan dalam pengurusan pelanggan.
Petunjuk Prestasi (KPI):
Sekurang-kurangnya 80% peserta mampu menyediakan dan mengeluarkan invois secara kendiri.
Sekurang-kurangnya 70% peserta aktif menjalankan promosi perkhidmatan jahitan melalui platform media sosial.
Komuniti jahitan yang terlibat menjadi lebih tersusun, profesional serta berdaya saing dalam pasaran.
SELEPAS TAMAT PROGRAM, PESERTA AKAN MEMPEROLEH:
Langganan Jejahit APP Pro (3 Bulan)
Untuk pengurusan invois, rekod untung rugi, belanja, stok dan tempahan pelanggan secara digital.
Mesin Cetak Resit Bluetooth (Booth)
Bagi memudahkan pengeluaran resit secara profesional semasa urusan dengan pelanggan.
Master Pola Pelbagai Saiz (S–XL)
Untuk kegunaan berterusan dalam menerima tempahan dan mempercepatkan proses jahitan.
Template Digital Perniagaan Jahitan
Termasuk:
Template harga jahitan
Template ayat promosi
Akses kepada Kumpulan Sokongan Komuniti (WhatsApp / Telegram)
Untuk perkongsian ilmu, sokongan dan makluman susulan selepas program.
Sijil Penyertaan Program
Sebagai pengiktirafan penyertaan dan peningkatan kemahiran.
ARAHAN KEPADA PESERTA
Bagi melancarkan sesi pembelajaran dan latihan praktikal sepanjang program, peserta dikehendaki membawa komputer riba (laptop) atau tablet masing-masing. Peranti ini diperlukan bagi memudahkan penggunaan aplikasi, latihan sistem digital dan aktiviti pembelajaran secara langsung.