Belajar Jahit, Bina Kemahiran, Jana Pendapatan
Kelas jahitan secara personal ini direka khas untuk mereka yang serius mahu menjahit dengan kemas, tepat dan bernilai komersial.
Bimbingan individu membolehkan anda:
✔ Faham pola
✔ Kuasai teknik jahitan
✔ Bersedia terima tempahan sebenar.
Ilmu yang boleh terus digunakan, bukan sekadar belajar.
1. Asas Jahitan (Untuk Beginner)
- Pengenalan mesin jahit & fungsinya
- Teknik asas menjahit lurus & kemasan
- Jenis fabrik & cara memilih kain yang sesuai
- Cara memotong kain dengan betul
2. Pola & Ukuran Badan
- Cara mengambil ukuran badan dengan tepat
- Membaca & memahami pola
- Menyusun pola di atas kain
- Teknik mengubah suai pola mengikut saiz sendiri
3. Teknik Jahitan Sebenar
- Jahitan kemasan profesional - penerapan latihan yang berterterusan
- Teknik pasang zip, kancing & getah
- Jahitan tepi & dalam pakaian
- Teknik cantuman yang kemas & kukuh
4. Jahitan Pakaian Tradisional & Moden
- Asas jahitan pakaian tradisional (mengikut tahap peserta)
- Teknik jahitan pakaian moden / ready-to-wear
- Penekanan kepada potongan kemas & selesa dipakai
5. Kesalahan Biasa & Cara Membetulkan
- Kenal pasti kesalahan jahitan
- Cara membaiki jahitan yang tidak kemas
- Tips untuk elakkan pembaziran kain
6. Persediaan Terima Tempahan (Opsyenal)
- Standard jahitan untuk pelanggan
- Cara kira kos & harga jahitan
- Pengurusan masa & susunan kerja
7. Bimbingan Personal & Praktikal
- Fokus ikut tahap & keperluan peserta
- Latihan secara hands-on
- Pantauan hasil jahitan sehingga siap
Hasil Pembelajaran
✔ Faham proses jahitan dari awal hingga siap
✔ Boleh menjahit sendiri dengan yakin
✔ Sedia menjahit untuk kegunaan sendiri atau tempahan
Sesi 1: Asas & Persediaan Jahitan
Tempoh: 2 – 3 jam
Pembelajaran:
Pengenalan mesin jahit & keselamatan
Asas jahitan (jahit lurus, kemasan asas)
Pengenalan fabrik & cara memilih kain
Cara mengambil ukuran badan dengan betul
Latihan asas menjahit di atas kain
Hasil:
Peserta faham asas mesin dan boleh mula menjahit dengan yakin.
Sesi 2: Pola & Jahitan Pakaian
Tempoh: 2 – 3 jam
Pembelajaran:
Membaca & menggunakan pola
Menyusun pola atas kain
Teknik memotong kain dengan kemas
Cantuman bahagian pakaian
Jahitan asas pakaian (badan utama)
Hasil:
Peserta boleh mula menjahit pakaian sendiri mengikut ukuran.
Sesi 3: Kemasan & Sentuhan Profesional
Tempoh: 2 – 3 jam
Pembelajaran:
Teknik kemasan jahitan yang kemas
Pasang zip / kancing / getah
Membetulkan kesalahan jahitan
Tips jahitan kemas & tahan lama
Panduan asas sedia terima tempahan (opsyenal)
Hasil:
Pakaian siap dijahit dengan kemasan yang kemas & boleh dipakai.
✔️ Nota Penting
Kelas 1-to-1 / personal
Ikut tahap & keupayaan peserta
Fokus praktikal & hasil sebenar
Jadual fleksibel (ikut persetujuan)
Yuran Penyertaan:
Yuran: RM380
Apa Yang Termasuk:
Tenaga pengajar berpengalaman
Ruang kelas selesa
Penggunaan mesin jahit (memudahkan pembelajaran)
Kelengkapan asas basic & kecil seperti jarum, peniti, benang asas dan alat tulis
Nota asas pembelajaran
Kertas pola untuk latihan
Peserta Perlu Membawa:
Kain untuk latihan
Alatan tambahan jika perlu (renda emas, butang emas dll)
Nota: Mesin jahit, nota, kertas pola, dan peralatan asas disediakan oleh pihak kelas.